Bermula dengan tarikh perkahwinan En Azmi Sabar di Teluk Intan, kawan-kawan serumah UPSI merancang untuk mengadakan pertemuan yang ringkas. Biasala..perancangan orang muda-muda. Semuanya ‘tak semenggah’ kata org Perak.
19 Disember 2009
Razif@ajib dan Razi yang bergarak dari Batu Pahat ke Ipoh menaiki bas. Saya pula menunggu di Medan Gopeng. Manakala Aizal@Tobey dari Alor Setar, Shafiz@awe dari Kuala Lipis dan tidak ketinggalan Azizi@gg yang merupakan tuan rumah bagi perjalanan kami ke Teluk Intan
Perancangan berjalan lancar kerana kesemua kami ini tiba di tempat berkumpul di Medan Gopeng elok-elok pada waktunya. Setelah berbual-bual di Restoran Salem yang berdekatan, kami bergerak ke Jasco untuk perancangan berikutnya.
Jasco- Main boling. 6 orang main pada 1 lane sahaja. Orang ramai time tu. Payah nak dapat 2 lane. Game kedua dapat pulak 2 lane. Apa lagi, kami berentap trio sepasukan. Yang bestnya keputusannya adalah rasmi. Jatuhan pin sama kedua-dua pasukan. Sengal! Kemudian tak tahu nk buat apa kami jalan-jalan beli hadiah untuk pengantin. Berkongsi ramai-ramai. Tanda kasih sayang kami.
Then, balik ke Teluk Intan dua kereta. Sebelum sampai ke rumah gg singgah kedai makan untuk isi kekosongan yang ada. Pas tu baru gerak balik ke Teluk Intan
20 Disember 2009
Bergerak ke rumah pengatin di Teluk Birah lebih kurang 10km dari bandar Teluk Intan. Jumpa la kawan-kawan seperguruan dulu. Lecturer pun ada datang.
Habis makan dan sesi bergambar kami bergerak la. Takkan nak tunggu sampai malam kan. Tobey tak dapat ikut kami kerana dia terpaksa pulang bersama kawannya. Lagipun darah mudanya semakin pudar memandangkan dirinya semakin tua..hahaa..takde la, saja je nyakat.
Kami terus perjalanan ke Lumut. Waterfront destinasi kami. Rintik renyai-renyai hujan kami redah. Tetapi tak lama kemudian berhenti. Cari Parking yang tak kunjung tiba akhirnya jumpa. Berehat di kedai makan di jeti dan membeli belah sedikit untuk menjadi kudapan sepanjang jalan.
Singgah masjid Manjung untuk Maghrib dan Isya. Singgah pula di kedai Al-Ikhsan. Awe la, macam-macam nak beli katanya. Alih-alih saya pun terpengaruh sekali. 2 helai baju saya sambar. Hajat hati memang nak lagi tapi takpa la..Lain kali ada rezeki kita singgah lagi.
Kemudian, kami singgah di satu tempat 1st time saya sampai disini dan bermain benda ni iaitu go-cart. Main simple je tapi menguji keberanian. Tak lama, 10min je RM10 sekepala. 7pusingan. Tak puas, main sekejap sangat..sampai ajib pun terlanggar tayar-tayar yang tersusun tepi-tepi jalan tu.hahaa
Then, pergi makan dan terus balik ke pangkal jalan. Syukur selamat sampai lebih kurang jam 1 pagi di rumah gg.
21 Disember 2009
bersambung..nanti yea..
Read more...

"MAHANI & SUAMI” - 5 DIS 2009 (SG. BESAR, SGOR)
"ZAHARAH & SUAMI” - 5 DIS 2009 (TAPAH)
"YAMIN & ISTERI” - 6 DIS 2009 (BERUAS)
"SARIFFUDIN & ISTERI” - 12 DIS 2009 (JITRA, KEDAH)
Hari ini da masuk hari kedua saya bercuti-cuti ke Pulau Pinang. Walaupun tidak dipenuhi dengan aktiviti sangat tetapi saya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Termizi; kawan yang telah memabawa saya ke sini. 



